Anak Mat Lela Gila

Anak Mat Lela Gila

Ishak Haji Muhammad / Jul 16, 2019

Anak Mat Lela Gila Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung suka membersihkan laman masjid namun tidak

  • Title: Anak Mat Lela Gila
  • Author: Ishak Haji Muhammad
  • ISBN: 9789830689609
  • Page: 362
  • Format: Paperback
  • Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960 Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial meAnak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960 Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang Kebanyakan isu isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

    • ☆ Anak Mat Lela Gila || ð PDF Read by ✓ Ishak Haji Muhammad
      362 Ishak Haji Muhammad
    • thumbnail Title: ☆ Anak Mat Lela Gila || ð PDF Read by ✓ Ishak Haji Muhammad
      Posted by:Ishak Haji Muhammad
      Published :2018-012-05T11:24:43+00:00

    About "Ishak Haji Muhammad"

      • Ishak Haji Muhammad

        Ishak Haji Muhammad 14 November 1909 7 November 1991 atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930 an sehingga 1950 an Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako san yang dipanggil orang orang Jepun Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj Muhammad Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.


    123 Comments

    1. would not let me write a longer status update, so here goes.9/17/2012Am currently on page 113 of 184 of "Anak Mat Lela Gila" by Pak Sako.Dalam "Putera Gunung Tahan" yang terbit pada tahun 1937 iaitu 20 tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Pak Sako 'memukul' habis golongan penjajah.Dalam novel "Anak Mat Lela Gila" yang terbit pada tahun 1960, tiga tahun selepas merdeka ini pula, Pak Sako mengkritik dengan tajam serta keras sekali segala macam kejelikan sikap orang Melayu.Secara umum, [...]


    2. salah satu sebab bagusnya membaca buku-buku daripada sasterawan lama adalah kita dengan sendirinya boleh tercampak dengan real dalam zaman yang ditulis penulis. aku suka bila pak sako meletakkan plot kota singapura dalam naskhahnya yang ini. dan seperti yang kita tahu pak sako sendiri pasti tidak dapat mengagak bahawa satu hari nanti anak cucunya akan memandang singapura sebagai kota yang asing dan luar daripada negaranya. jadi kota singapura yang ditulis dalam Anak Mat Lela Gila (AMLG) seperti [...]


    3. Membaca kritikan Pak Sako terhadap watak bangsanya pascamerdeka daripada sindiran terhadap masyarakat yang memandang aneh dan lucu pada feel perangai Mat Lela Gila kepada watak suami isteri yang menemui Bulat di rumah Mat Lela hinggalah pasangan muda-mudi yang hanya hidup berjoli hingga papa. Begitu juga kritikan terhadap bangsanya hasil renungkan gurunya, Alang Sakai terutama soal perpaduan dan pembaikan diri.


    4. Bahasanya lembut, klasik dan senang untuk dihadami serta kosa katanya tidak banyak yang berbeza dengan yang ada sekarang. Penuh nilai moralnya, sopan lenggok bahasanya dan tertib naratif penceritaannya.Tulisan dan kritikan sosialnya masih segar, releven dengan masa kini walaupun sudah berusia lebih 50 tahun.


    5. Suka dengan gaya bahasanya yang sederhana. Kurang dialog jika dibandingkan dengan kebiasaan novel terkini, banyak penceritaan namun tetap tidak membosankan. Banyak persamaan dengan karya Buya Hamka dari segi mesej dibawa yang merentas masa. Ada persamaan dengan buku Sang Alkemis, karya Puolo Coelho bahawa sekali seumur hidup kita pasti ditemukan dengan seseorang yang budiman - perantara yang mengenalkan kita akan hakikat kehidupan.


    6. Sebuah lagi novel yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan adalah Anak Mat Lela Gila. Kali pertama diterbitkan pada tahun 1941 dan diterbitkan semula oleh ITBM pada tahun 2012, sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia kepada pembaca-pembaca baru yang ingin menyelami bersama keadaan masyarakat dahulu kala. Novel Anak Mat Lela Gila terbitan ITBM ini mempunyai sebanyak 184 muka surat, lebih tebal daripada tulisan pertama Pak Sako [...]


    7. Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako. Ini adalah buku pertama yang saya baca dari Siri Sastera Klasik Sako terbitan ITBM. Apa yang boleh dikatakan, banyak pengajaran, nasihat dan panduan terutamanya kepada golongan muda. Cukup tersentuh kisah kehidupan Bulat dari sekecil bayi hingga ke dewasa remaja. wlwpn karya ini dihasilkan 40 tahun yg lalu, namun kata-kata nasihat yang dititipkan dalam jalan cerita novel ini, sangat berguna kepada genarasi masa sekarang.



    8. Anak Mat Lela Gila. Ishak Haji Muhammad a.k.a. Pak Sako. Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( ITBM ). 2012.1) Buku ini merupakan terbitan semula.2) Anak Mat Lela Gila = Mat Lela dianggap gila oleh orang-orang kampungnya & dia mempunyai seorang anak angkat bernama Bulat.3) Mat Lela dianggap gila kerana suka buat benda yang pelik. Antaranya, dia suka membersihkan kawasan masjid tapi, dia sendiri tak pernah masuk ke masjid itu untuk bersolat.4) Mat Lela juga dianggap gila sebab dia tak suk [...]


    9. Sarat dengan kritikan sosial tentang orang Melayu namun tidak jemu membacanya kerana pengolahan yang amat mudah difahami. Anak Mat Lela Gila jelas membuktikan bahawa pelajaran terpenting yang mendewasakan seseorang anak ialah pengalaman perit-getir yang ditempuhi sepanjang hidupnya; bukanlah kekayaan harta, keturunan mahupun kelebihan diri dari kecantikan dan bakat yang dimiliki. Adapun apa yang diwarisi tidakkan datang bergolek kejayaan tanpa usaha dan tekad. Juga memerhati dan mengutip teladan [...]


    10. Penulisan yang sarat diisi dengan sindiran-sindiran dan kritikan sosial masyarakat di zaman awal merdeka. Sayangnya sindiran dan kritikan yang ditimbulkan terlalu sarat, mendatangkan impresi paksaan yang dipadat-padatkan dalam plot yang gopoh dan tergesa-gesa. Jalan cerita yang digambarkan pula sungguh simplistik, kelihatan cukup mudah sehingga menghampiri (sesetengahnya melangkaui) sempadan logik akal. Buku ini mudah dibaca dengan penggunaan bahasa yang bersahaja dan "evergreen". Tetapi untuk m [...]


    11. membaca 'anak mat lela gila' membuat saya teringat pada karya Hermann Hesse- Siddharthabagaimana sebuah perjalanan (kehidupan) dan segala keperitannya membuka mata kita untuk menilai baik buruk sesuatu. terlalu banyak pengajaran yang boleh dikutip dalam setiap bab. yang belum baca, sila la baca.


    12. Penulisan yang menarik dari Pak Sako. Plot penceritaan yang best dan mudah untuk difahami jalan ceritanya. Banyak pengajaran yang ada dalam buku ni, agar kita jadikan ia sebagai tauladan serta berfikir sejenak sebelum bertindak melakukan sesuatu hal.Saya galakkan pembaca untuk membaca buku ini.



    13. Cerita anak Mat Lela Gila ini adalah cerita tentang suasana masyarakat melayu ketika itu. Jadi, masih ada unsur mistik (melayu, biasalah), unsur agama malah ada juga perkara-perkara yang melanggar agama tetapi sudah menjadi resam dalam masyarakat kita seperti dengki, dan fitnahakah betul buku ini dikarang sedikit sebanyak sebagai sindiran kepada Umat Melayu ketika itu? entah. saya tidak pasti. Cerita ini sungguh bersahaja dan tidak membawa isi yang terlalu beratya takjub untuk membaca pada awaln [...]


    14. Fahamlah saya kenapa ramai yang menyukai hasil penulisan Pak Sako. Buku-bukunya penuh nasihat dan pengajaran yang masih relevan hingga ke hari ini. Watak utama, Bulat mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam hidupnya. Dilahirkan oleh orang lain, dibesarkan oleh orang lain, ditinggalkan sendirian berkali-kali, merantau nasib serata negeri, serta gigih mencari ilmu muzik dan menjadi pemuzik demi mencari ibu bapa kandungnya yang sebenar. Walaupun watak utama adalah Bulat, 'backstory' bagi watak- [...]


    15. kisah di dalam kisah. ada hidup di dalam kehidupan, yang hidup juga bertemu yang mati. walau dalam beberapa silang kehidupan yang mustahil, realiti menjadi benar dalam kisah Bulat anak Mat Lela Gila ini. mencari nilai dan pengajaran bukan hanya pada membaca, tetapi dengan meneliti, memandang cermin di hadapan diri. menilai dahulu diri sendirita bukan mencari jalan cerita untuk Bulat, tetapi sudah menjadi pun sebahagian daripadanya walaupun kita tidak mahu. kenapa begini adalah kerana kita juga p [...]


    16. Buku yang terkandung segala nasihat buat semua peringkat. Biarpun berpuluh tahun dahulu sudah tertulis. Tetapi setiap nasihat itu masih tak lapuk untuk diamalkan. Antara nasihat Mat Lela yang dikatakan orang gila oleh orang setempat terhadap anak kecil yang dijaganya yang dinamakan Bulat, "Cuba lihat apa bendanya ini engkau pun ada, tetapi kerana engkau masih kecil benar apalah yang engkau tahu, engkau sedar pun tidak. Akan tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia de [...]


    17. Macam biasa, karya Pak Sako tak pernah mengecewakan. Cuma ada sedikit kekeliruan di bab bab terakhir di mana Bulat memberitahu Elis Sakti bahawa ayahnya mencari dia dan malu untuk bertemunya kerana Elis Sakti sudah terkenal sedangkan Bulat masih belum bertemu ayahnya. Lepas dia jumpa Elis Sakti, baru dia jumpa Alang. Agak pening di situTapi keseluruhannya memang terbaik! *thumbs up* Suka babak di mana ada masyarakat yang mengumpat Johari dan Permai. "Saya nampak melalui tirai. Ada lubang sebesar [...]


    18. “Orang-orang pada zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain: menghina dan mencela dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa.” (Halaman 25-26, Anak Mat Lela Gila).Barangkali inilah tema utama Pak SakoBagaimana kolonial mengajar kita dengan modern. Bagi aku,'sikap' diatas adalah sikap modern. Membincangkan perkara yang tidak penting dan mengangkatnya sedangkan perkara yang bersentuh [...]


    19. 40 tahun lalu, garapan Pak Sako yang ini dengan jujur menegur norma masyarakat. Sederhananya, perjalanan naratif ini disampaikan dengan kehidupan Bulat sejak bayi hingga dewasa. Menjadi anak Mat Lela si gila yang tidak gila, hanya saja dia berbuat apa yang tidak diperbuat oleh majoriti lalu digelar gila. Magisnya, ujaran-ujaran beliau masih 'mendidik' melangkaui zaman dan relevan sehingga kini.Diksinya lunak, oh!


    20. This year, I began collecting Pak Sako's work, made available by ITBM's beautiful republishing. My wonder never ceases. Each chapter fills me with acute nostalgia and awe. His storytelling magic is simple, and yet genius.Anak Mat Lela Gila studies the society 40 years ago with surgical precision, we recognize the same ills today, perhaps sugar coated with modernism, yet still there and deserves Pak Sako's gentle admonition or warning.


    21. Bahasa dan cerita lebih berkualiti daripada novel-novel melayu sekarang. Menggambarkan pemikiran dan cara hidup orang melayu dengan tepat. Sepatutnya novel begini yang diadaptasikan sebagai drama/filem.


    22. Watak Mat Lela Gila cuma cameo je. Tapi cukup merentap hati bila mana dia berhati mulia dan dari dialah terhanyut labu sayung yang menyimpan rahsia Bulat. Endingnya pun sweet kerana ibunya telah sama menetapkan untuk mereka seberanak pergi ke Mekah menurut keluarga angkat Bulat.


    23. Indah sekali membaca gaya bahasa lama novel initerasa lemah lembut dan halus budi orang2 dahulupun begitu pak sako bukan lah penulis asyik masyhuk meluluitik2 tajam akan sikap bangsa dan negaranya disulam sangat halus dan berseni







    Leave a Reply